Lelapkan aku seketika dari dunia ini


Senyumku bukan yang ORI...
Kerna tangis yang kusembunyikan disebalik senyuman itu...


3 tahun menghilang. Hari ini terasa jari ingin menari. 3 tahun juga status diri telah bertukar. Kini bergelar isteri dan bakal ibu untuk seorang mujahid/mujahidah yang solehah dan sihat serta kuat. Inshaallah.


3 tahun merubah segalanya. Hidup yang sentiasanya tiada sinaran mentari tetap juanya begitu tanpa mengira perubahan status aku. Kenapa perlunya begitu. Atau bahagia itu perlu aku cipta. Mungkin! Ikut acuan dan lorekkan aku sendiri. Namun, aku bukan segagah yang disangka untuk aku huraikan hidup ikut acuan bahagia yang sedap serta lazat. 


Daripada yang bukan penyabar, kepada yang agak penyabar. Daripada yang tidak pandai hipokrit kepada pakar hipokrit. Semua dalam 3 tahun ini. Hari ni 01 Mac 2017.

Kepada siapa harus diluahkan supaya yang ada didalam reda,kalau bukan banyak, sikit pom jadi. Bukannya bantal yang menjadi saksi kepada tangisan tanpa luahan ini. Sesunggunya penat!



Akhirnye bercahaya walaupun malap

Alhamdulillah. Rezeki ak akhirnye terhenti seketika di bumi metropolitan. Kota penuh bingit dan cabaranya. Namun syukur rezeki ak masih ada di sini. Untuk bertahan sampai bila ak tidak mengetahui tentang hal itu. Yang ak tahu ak perlu berusaha mencari sinar yang terang itu. 





Syukur padaMu Tuhan... Alhamdulillah...

Aku lapangkan dada walau ku terluka


Kecewa. Hanye itu yang aku rasakan untuk saat ini. Lebih daripada kecewa ditinggalkan oleh makhluk Tuhan yang punya halkum. Aku tak pernah merasakan kondisi yang demikian namun dari pengalaman orang sekeliling aku tahu bertapa kecewa bila ditinggalkan oleh Sang Arjuna.

Hati seolah ditikam belati tajam. Jauh tertusuk ke dalam dan keluarnya darah pekat yang memerah. Sakit! Bukan sakit yang biasa biasa. Sakit yang amat! Jantung seolah terhenti denyut detaknye. Sekali lagi dunia seakan terhenti dek keadaan yang aku alami. Hanya dunia aku yang terhenti. Sedangkan dunia luar terus berputar putar. Jauh dan kian menjauh, meninggalkan aku yang terluka.

Benar aku tersenyum. Namun senyuman aku bukan yang seperti biasa. Senyuman aku punya tangisan disebaliknye. Yang hanya aku sendiri tahu sebabnye kenape.

Aku campakkan rase gentar aku, rase malu aku, dan aku sematkkan seribu keyakinan dan sejuta harapan dalam aku melangkah ke kota penuh bingit pada 22 februari 2014. Namun, tepat 25 februari 2014 terus aku rebah lemah tersungkur menyembah takdir yang tersurat untuk aku. Tercatatnye dalam halaman hidup aku untuk hari itu aku gagal sekali lagi. Dan ini bukan yang pertama! Cukup aku terluka. Pedih! Pedih dan terluka bukan kerana diri aku yang kehilangan. Tapi memikirkan tentang keluarga. Keluarga yang amat memerlukan kertas yang punya tanda tangan Si Zeti Aziz.

Aku masih tersenyum, namun senyuman itu bukan lagi seperti detik mulanya aku melangkah ke kota kebisingan ini. Separuh diri aku melayang. Melayang mencari kilafku dimana. Silap aku dimana dalam perhitungan ini. Jiwa aku rapuh dan sekali lagi hanya air mata mampu menenangkan. Semalaman aku bertemankan Si Airmata.

26 februari 2014, aku melangkah pulang. Pulang dengan hati yang rawan. Pilunya bukan kepalang. Pedihnya bukan sedikit. Lukanya parah. Kerana itu aku luahkan kecewa itu lebih daripada ditinggalkan Si Kekasih pengarang jantung hati. Aku tak perlukan  si makhluk yang punya halkum. Antara manusia yang berhalkum dengan kertas yang bernilai itu aku lebih memilih kertas yang bernilai. Ya! Materialistic itu aku. Dan itu kenyataan. Aku mampu berdiri tanpa manusia yang berhalkum. Bukan aku membenci tapi untuk aku memilih dan menilai siapa siapa manusia yang berhalkum aku tiada masa untuk itu.




kucuba bertahan...kucuba bersabar...
well thats nothing...