sebuah ikatan

Pembukaan mate ak untuk ari ni melemahkan segala anggota yang ad bile kepale terasa berat. Ditemai Mr. Saxobeat alunan dari corong radio yang berulang ulang ak layan lagi perasaan ak yang  tidak tahu kemane fokusinye. Dan Pringles dijadikan santapan untuk sarapan dan juga mungkin untuk  santapan tengahari sekali. PEMALAS..ya! tepat sekali untuk diri ak!

Begitu juga semalam, ditemai alunan muzik yang same dan berbekalkan kepingan kepingan Pringles yang entah apa ad komposisinye ak tidak ambik tahu, berjaya ak hadam untuk pagi tengah hari dan awal petang. Jam 5 petang semalam satu pesanan memasuki inbox henpon cabuk ak. Dari teman seangkatan mengatakan yang mahu menziarahi teman yang berada di hospital. Kali ini yang kedua kali ak melawat dia. Cukup ak coret di sini sebab dia kini di tahan di rumah sakit, sebagai kemalangan. Yang selebihnye ak malas nak cerite. Jangan dipaksa. Cuma kalau ad yang bermurah hati tolong doakan dia sihat kembali. Dan terima kasih untuk itu.

Dan sekali lagi bukan itu ak ingin nyatakan di sini. Ketika menghadam kepingan kepingan Pringles tadi terlintas di kotak fikiran ak, 'adakah perkara yang same akan berlaku kepada ak jika ak terlantar di rumah sakit'. Mungkin ya! Tapi ak banyak merasakan tidak. Entah! Bukan ak tidak mempercayai siapa. Tapi ak lebih tepat untuk bertanye siapa ak di kalangan mereka. Andai nama ak hanye muncul bile mane dan waktu mereka dia dan kau dalam kesusahan. Tidak mengapa. Ak dapat hadam bersame kepingan yang entah ke berapa ini.Tapi tidak semua ak dapat hadam, masih ad yang melekat di esofagus dan rongga rongga yang len.






tulisan kaki: dizombikan lagi dengan hal hal duniawi! arghhhh!


2 comments :

Dyana said...

o0..tu upenyer mamat saxobeat, ingt kn sape. huhu

FazierFawziey said...

@dyana: errr...hoho