experiment!

Pada luahan ak yang  lalu baru sahaja ak mintak tuk bek bek sahaje 2012 untuk ak. Namun hidup itu putaran roda kayaknye. Lebih tepat satu experiment..Mungkin!

Untuk entah keberapa kali ak raupkan muka yang kian terasa bahang kepijaran dan kepanasan kerana experiment ak tidak menjadi. Ak bukan mencanang hidup kamu, tapi ak cuba untuk memberi yang terbek kerana kau sebahagian darah daging ak. Ak tidak sanggup lihat kecundangan kau pada mase hadapan bagai kecundangnya hidup yang ak jalani tika ini. Cukup ak sahaje saban hari mutiara jernih yang menemani. Ak x mahu kau ulang ape yang ak lakarkan untuk hidup yang mungkin serabai ini. Cukup! Cukup ak sorang wahai adikku.

Ak cuba kerana ak rasa itu tanggungjawab ak. Tapi keadaan yang cukup tidak menyebelahi nasib kita. Mungkin! Entah... Ak tidak tahu untuk simpulkan persoalan itu sebagaimana layaknye untuk waktu sekarang. Ak termenung, merenung experiment yang bakal kau uruskan sedikit mase lagi. Yang kau sendiri pilih methodnya. 

Maaf!

Bukan ak tidak mengekori perjalanan kau.. ak ikut! Ak meneliti perjalanan kau agar kau tidak salah langkah. Agar langkah kau tidak sumbang seperti ak. Ak amat amat tidak mahu kau jatuh dalam meniti titian itu. Tapi kau sudah memilih adikku. Ak lepaskan kau perlahan lahan dalam meniti titian yang baru sahaja kau letak untuk ke seberang. Tidak mengapa! Ak tetap ad untuk kau. Ak lihat dari jauh...Ak mintak Dia sentiasa jaga kau untuk ak. Sebab ak tahu Dia tidak pernah tido dan leka dalam memerhatikan kita... Dalam menjalani titian hidup...


Semoga ada sinar kejayaan untuk kau...Itu doa ak saban waktu untuk kau...Harap ad keberhasilannye...



ak cuba untuk beri yang terbek...



No comments :