Kedegilan

Bilamana hari hari ak cuba menghilangkan diri dalam keramaian manusia, ak cuba untuk berseorang. Bukan ak menjauhkan namun hanye untuk mencari ketenangan buat diri yang kurang sempurna ini. Ak penat tiap ayat ' ak ad, ak akan bantu kau' menyapa deria dengar ak. Dan ad satu dua di antara yang ramai tadi cuba untuk berdiskusi dengan ak. Tidak lain, ayat seperti tadi kau, dia , dan mereka ulang lagi untuk keberapa ak sudah lelah untuk membilangnya. Kenapa ak rase ak perlu untuk menolak bilamana kau dia dan mereka cuba untuk hulurkan tangan membantu ak yang tersungkur adalah kerana bila tangan yang kau hulurkan tika ak benar benar lemas kau tarik sebelum sempat tangan ak menyentuh tangan kau. Dan ak tenggelam! Tapi tenggelam ak, tidak mematikan ak. Ak berpaut pada cebisan kekuatan yang ak ad. Yang ak simpan sedikit untuk diri ak pada mase mase yang ak benar benar perlukannye.

Kau datang lagi membawa omongan tentang bantuan yang ingin kau hulurkan. Ak tersenyum. Senyum yang bukan memberi maksud ak relakan kau bantu ak. Kau momokkan ak dengan ape yang ak hadap sekarang adalah ujian dari Dia dan akan ad hikmahnye yang tersembunyi. Bukan ak tiada kepercayaan pada Dia yang mencipta dan memberi ak peluang menjadi penghuni Bumi yang sementara ini, bukan!Dan ak cukup jelek bila kau cuba menyatakan yang ak tidak berpegang pada Pencipta. Antara kau dan ak, tiada siapa boleh menghitung tentang itu. Hanya diri ak dan Dia. Kau juga ciptaan-Nya. Ape yang ak dapat dari deria lihat ak, tidak selayaknye kau ucapkan ape yang kau lihat dari zahir tentang antara ak dan Dia. Tapi tidak mengapa, mungkin kehidupan kau di kota metropolitan mengajar kau hidup begitu dan ak yang hanye hidup sebagai anak kampung ini hanye punye pemikiran yang kuno tapi ak masih ad maruah diri!

Ak cukup kagum dengan kau sebab cukup hebat dalam melantunkan suara suara yang merupakan pembelaan bilamana diri kau ditindas. Bukan seperti ak yang banyak membisu seribu bahasa. Mengalah dalam setiap masa bilamana ad di dalam persimpangan dan hanye menurut juga tidak pandai menyatakan TIDAK!

Biarkan ak. Biarkan ak berjalan atas jalan ak sendiri, cuba untuk mencorak kehidupan yang ak sendiri tidak ketahuan corak yang bakal ak lakarkan. Terima kasih untuk ucapan pertolongan dari kau. Mungkin ak degil atau ego. Tapi biarkan ak sendiri. Ak punye cara ak sendiri. Walaupun ianye abstrak, ak tau ad yang akan memahami.... DIA! Dia yang MAHA MEMAHAMI...syukur...



it's messed me up...



No comments :