Perkongsian


Siang bertukar menjadi malam.
Malam juga bertukar menjadi siang.
Itulah lumrah alam yang perlu ditempuhi setiap makhluk di muka bumi ini.

Begitu juga aku.
Seorang gadis yang tidak sunyi dari pelbagai ragam manusia.
Tidak sunyi dari pelbagai masalah.

Sesungguhnya..
Aku hanya manusia biasa.
Semua itu mematangkan diri aku.
Dan..
Air mata adalah sesuatu yang tidak asing dalam hidup aku.
Sejak kecil lagi..

Benar kan mama?

Along dah penat nangis..

Kan mama?

Tapi along masih kuat..

Untuk ini semua..

Along masih ada Allah..

Walaupun along tak lari dari melakukan dosa..

Aku tak tahu mengapa.
Sepertinya air mata itu yang memberi kekuatan kepada diri aku.
Kepada hati dan perasaan aku.

Setiap kali aku menangis..
Hati ini akan menjadi lebih tegar.
Aku menjadi seorang yang lebih dapat bersabar.
Aku menjadi seseorang yang.. berlainan.

Di luar kelihatannya aku seperti biasa.
Tetapi di dalam hati..
Allah sahaja yang tahu.

Sering aku menyedari..
Air mata melemahkan tenaga aku..
Kesakitan datang menerjah ruang tubuh yang kecil ini.
Namun kesakitan itu tidak terbanding dengan perasaan yang bersarang di dalam hati.

Kesakitan pada jasad dapat disembuhkan dengan ubat.
Dengan rangsangan kegembiraan dan sokongan..
Namun bila hatiku yang kesakitan..
Bila hatiku tidak tenteram.
Aku tak mampu berbuat apa-apa.
Tubuhku longlai..

Hanya air mata dan doa pada Allah yang dapat menemani aku..

Setelah gugur air mata.
Aku menjadi lebih tenang..
Dan aku rasa bersyukur..
Kerana aku masih dikurniakan sebuah perasaan yang bernama..

Kesedihan..

Aku masih waras.
Dan Allah masih memberikan aku sebuah rasa yang bernama kesedaran..

Alhamdulillah..

Allah masih menyayangi aku..

Wahai sayangku..

Kita dikurniakan sebuah perasaan yang begitu indah yang bernama cinta..
Namun cinta itu juga seperti pantai..
Ada pasang surutnya..

Di suatu ketika..
Kita akan sentiasa tersenyum.
Sentiasa gembira..

Dan di suatu ketika..
Kita akan salah faham..
Tiada "mood" untuk menyenangkan hati antara kita.

Itulah lumrah cinta yang membuatkan aku memahami perasaanmu..

Seperti roda yang berputar..
Hari ini kita di atas.
Keesokan harinya..
Mungkin kita di bawah sekali..

Tidak mungkin tiada kesedihan dalam percintaan kita..

Sayang..
Maafkan daku..
Aku tahu benar yang dikau tidak suka akan tangisan.
Aku memahami perasaan itu.

Maafkan diriku seandainya..
Aku terlalu risaukan dirimu yang jauh di sana.
Maafkan daku apabila tiap kali aku terlalu emosi dalam menjaga hati dan perasaanmu.
Telah menjadi lumrah diriku..
Insan yang bernama..

Cahaya kekasih..

Daku amat sensitif dengan keadaan dirimu.
Sekali hatimu kesedihan..
Aku sudah tidak tenteram.

Apa lagi andai dikau marah-marah.
Apa lagi andai..
Air matamu gugur sayang.

Aku jadi tak keruan..

Daku cuba menepis perasaan itu.
Walau seringkali aku gagal..
Dikau tetap ada..

Dengan sifat tegasmu meminta ku berhenti menangis.
Dan kau kembalikan senyuman di hatiku..

Aku bersyukur..

Dan seringkali walaupun dikau dalam keadaan tidak sihat.
Dikau masih dapat membuatkan daku gembira.
Aku amat menghargai pengorbanan yang telah kau berikan sayang..

Kekasihku..
Setiap kali daku dalam kesedihan.
Dikau sentiasa ada.
Dikau memberikan senyuman yang amat manis.
Yang tak pernah daku rasai.

Hatiku tersenyum sayang..

Ketika daku dalam kesakitan..
Dikaulah yang memberikan sokongan..
Yang tidak jemu menemani daku di dalam telefon..
Semata-mata untuk memastikan diriku selamat.

Kau amat bernilai di dalam hatiku..

Terima kasih atas segala yang telah kau curahkan kepada diriku.
Kasih sayang yang selama ini aku dambakan.
Aku teramat gembira kerana Allah telah menemukan daku dengan insan sebaik dirimu.

** tersenyum... dan air mataku jatuh lagi.. air mata kesyukuran **

Terlalu banyak yang ingin kukatakan kepadamu..
Namun biarlah ia menjadi rahsia hati ini.
Sesungguhnya..
Sering aku katakan padamu..

Aku amat mencintai dirimu..

Kerana Allah Ta'ala..

Tulus dan ikhlas dari hatiku..
Perasaanku dan segala yang ada pada diriku.
Tidak sesekali daku bermain-main dengan kata-kata.


Daku memahami keadaanmu di sana..
Kerana itu..
Sesakit mana hati ini menahan perilakumu..
Hatiku masih amat menyayangimu..
Dan aku akan terus berusaha memahami dirimu..

Tanpa sedikit pun perasaan putus asa..

Cuma ku doakan sayang..
Agar dikau sentiasa setia untuk diriku..
Sebagaimana setianya daku untuk hatimu..
Seperti..

Setianya bidadari menunggu di syurga..

Duhai kekasihku..
Ku doakan dikau sentiasa tersenyum..
Seperti indahnya senyuman yang kau berikan pada diriku.
Semoga sentiasa tenang hatimu..
Setenang hembusan angin di waktu senja yang berbisik..

Dan semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu..
Memberkati hidupmu dan segala urusan hidupmu..
Amin..



No comments :