Permaisuriku

Dengan bantuan talian komunikasi yang canggih ak mampu mendengar celotehnye walau beribu batu jarak memisahkan antara ak dan dia. Kedengaran suaranya cukup ceria hari ini. Mungkin juga kerana hari ni hari dia. Yang diraikan semua. Dan ak, ak bangga.Cukup cukup cukup bangga punye dia sebagai tempat ak bermanja. Kisah ak dan dia cukup banyak dalam lipatan kenangan. Susahnye dia tidak diluahkan namun ak cukup faham dia. Dia mahu hanye kesenangan membaluti dunia ak dan yang lain. Tanpa kenal lelah dia memerah keringat demi menyuapkan ak dengan rezeki dunia. Larangan ak tidak dia hiraukan asalkan dia dapat kepuasan dengan ape yang dia buat. Ingin ak melihat nye duduk di serambi sambil melihat ak dan yang lain berlari mendapatkannya. Tidak lagi memerah keringat tuanye demi ak dan yang lain. Waktu itu akan tiba wahai permaisuri hati ku. Maafkan ak andai diri ini ad melukai mu dalam senggang waktu ak sekecil tapak tangan mu sehingga sedewasa ini kini. 




selamat ari ibu wahai permaisuri hatiku...
angin sampaikan ciuman kasih dan sayangku padanya. 
moga Allah sentiasa merahmatimu permaisuriku...amennn


p/s: selamat ari ibu juga wat bakal permaisuri keduaku walau dimana kamu berada..moga sihat2 selalu hendaknye...amenn...ehem3 ;)




No comments :