Trankuilizer

T.R.A.N.K.U.I.L.I.Z.E.R  ak dambakan kehadiran kau. Untuk menenangkan kekacauan kekalutan dan kelemasan ak dalam mengharungi liku liku ranjau sebuah kehidupan. Itu lumrah. Ak akui. Pasti tiap yang menyedut oksigen akan merasainya. Kekalutan kelemasan itu. Ak tidak ketinggalan. Hampir hampir ak tersungkur. Tapi kehadiran kau buat ak sedikit ada kegagahan untuk meneruskan epilog hidup ini. Hampir lemas tapi kau sambut ak untuk bernafas semula. 

Ingin sekali ak berada dalam khayalan yang kau hidangkan. Agar ak boleh hilang dari kelemasan dunia yang buat ak cukup kusut. Ingin berkali kali ak mahu kau melalui aliran aliran darah ditubuh ku agar ak boleh menikmati khayalan itu dengan enak lagi. Cukup nikmat ak rasekan. 

Malam ini ak nantikan lagi kehadiran kau. Bersama cecair yang ak teguk ak berjaya hadam kehadiran kau untuk melupuskan kekalutan jiwa yang ak lalui. Kelemasan yang merimaskan ak. Cukup rimas. 

Malam ini ak rasekan lagi nikmat khayalan yang kau hidangkan. 

Sebelum ak lemas dalam khayalan yang membahagiakan ak sampaikan pesan untuk nye disane;

'selamat malam rinduku, semoga mimpi indah menghiasi malammu'

Tanpa tunggu balasannye ak lena dalam ulikan Trankuilizer yang membahagiakan kerana ak tahu jawapan yang disane itu. 




No comments :