kehidupan itu

Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.<-------pinjam kata kata kat iluvislam

betul....betul...betul....bape banyak betul daa...tapi betul la hidup itu indah..indah bila kita pandai mewarnekan nye..ye dak??. selepas bermula nye semester baru iaitu semester 4, miz banyak kehilangan suara..bukan kerana kesakitan tekak atau kerongkong tapi keadaan memaksa miz menyenyapkan suara yang sememangnye xpernah keluar...


kenapa dan kenapa miz xtau..lahanat betul miz rasekan ape yang miz lalui..tapi
syukur harus dipanjatkan kepada Dia..kerana Dia x akan membebankan manusia dengan ape yang manusia x mampu lakukan, pikul dan hadapi...


tapi miz rase tidak ada keadilan untuk diri miz kerana keadaan sekeliling penuh dengan dugaan barangkali...dan diri miz cukup rapuh untukmenghadapi dugaan itu walaupun dugaan itu hanya sebesar ion dan bukan nye molekul. tetapi ion ion itu mampu menyebabkan lidah kelu, mulut terkunci untuk mengeluarkan bicara yang terlintas di hati...

Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.

sekian...


tulisan kaki:sabar itu ada hikmah nye

No comments :