22 oktober 2013, 0840




Dalam kehidupan ini aku bukan mahu apa apa. Aku hanye mahu membahagiakan keluarga aku. Memberi sedikit nikmat kebahgiaan untuk mereka kecapi setelah berpenat lelah untuk aku selama ini. Kenapa aku rasakan mase itu sangat jauh untuk aku capai apa yang aku mahu. Bukan banyak yang aku mahu. Hanye sedikit nikmat dunia untuk aku beri kepada kedua dua orang tua aku. Kenapa jalan yang aku lalui sangat berliku dan aku sungguh penat untuk berada di sini. Betul ada yang lebih susah dari aku. Namun, tiada kah ruang untuk aku bagi kebahagiaan kepada kedua orang tua aku sebelum mereka menutup mata untuk selamanya. Jika itu yang berlaku tiada guna lagi jika aku dapat harta bertimbun timbun sekalipun. Dan itu bukan tujuan aku. Aku hanya mahu membahagiaakan kedua mereka. Adakah salah untuk seorang anak ingin membahagiakan kedua orang tuanye sehingga aku penat untuk menunggu saat membahagiakan itu.

Aku tidak mahu seperti yang lain. Yang hanya makan atas usaha orang lain. Dan kenapa nasib serta jalan yang aku lalui sungguh tiada keindahan. Sukar untuk aku senyum bilamana aku menoleh ke belakang. Tidak betah lagi aku untuk berada di sini di saat ini. Aku mahu lari tapi apa daya yang aku ada. Bila aku bicara tentang kebahgiaan dan kemajuan orang sudah pun berada di depan jauh meninggalkan aku yang baru mula membuka langkah. Dan bilamana aku jauh di depan orang lain sudah menggapai awan tinggi. Dan bilamana aku sudah hampir menggapai awan tinggi aku tersungkur belum sempat ianye ak gapai. Dimana silap aku. Apa salah aku dalam mengejar destinasi aku.

Ak merasakan aku juga seperti yang lain. Malah yang lain itu lebih memuja Sang Dunia, namun mereka mendapat apa yang mereka idamkan. Dan aku masih mencari. Mencari jalan yang sepatutnye aku lalui.



                                          http://amekaw.com/wp-content/uploads/2012/07/isteriSOLEHAH.jpg
 kembara mencari yang hilang...







No comments :