Kawen
Sebelum menari jari ini dengan
lebih rancak yang lebih utama kata kerja sebelum kata kerja di atas dilafazkan,
Kerja
Duit
Rumah
Calon
Kawen
Nampak??? Berapa perkatan lagi ak
perlu melangkah sebelum perkataan ‘kawen’ di lafazkan. Dan sekarang satu
perkataan belum terlafaz dengan jayanye. Tentang calon, pasti lelaki! Lelaki
bagaimana?? Malas untuk ak sesakkan kepala pikirin yang demikian. Arghhhh!!
Klishe bukan. Bukan hidup kalau tidak klishe. Ceh!
Sekarang bulan December… penghujung
bulan dalam setiap kelendar dan bakal berakhir nye tahun dua kosong satu tiga.
Tentang kerja masih jua tidak kunjung tiba untuk ak. Entah dan tak tahu bila
akan menjemput diri ak untuk berkhidmat dengan manusia lain. Ingin jadi bos
untuk orang lain, entah bila mase itu akan sampai. Nak jadi tapi modal dan
bekalan tak ada. Minat itu ada. Dan yang pasti angan angan, tak usah
diaksarakan di atas kanvas pasti saje angan itu setinggi Everest. Mungkin tinggi lagi dari Everest. Arghhhh…
klishe!
Dammm… ape mahu dikisahkan. Ak
tetap ak. Kadang kadang benci untuk diri sendiri ada datang mengunjungi jiwa
bila keseorangan. Namun, macam biasa, ego tetap tinggi. tetap tak mahu tunduk.
Ada sahaja perkara yang membuat diri ak
memberontak. Tapi tak ada yang faham sebab jiwa memberontak dalam diam. Lebih
tepat pendam!
Kelaut lagi tajuknye. Tajuk kawen
tapi taipan meraban. Gila! Sama dengan perasaan dan jiwa ak sekarang. Kacau
bilau! Serabut! Pendeknye semua ada bila bergelar penganggur. Kalau penganggur
dalam ladang tak ape. Ini penganggur dalam kebun pom belum tentu.
No comments :
Post a Comment