dibalik

Kosentrasi menunaikan tiang agama ak sedikit terganggu dek medula oblongata ak tiba tiba kembali memproses mengingati peristiwa malam semalam selepas ak dan teman seperjuangan yang len menikmati rezki Tuhan di tepi jalan. Itu yang termampu bagi kehidupan seorang yang masih mengejar profesi masing masing. Tapi, alhamdulillah!

Bukan ape, medula oblongata ak tibe tibe terlintas tujuan salah seorang teman ak BELANJA ak menikmati rezki Tuhan di kedai itu. Alhamdulillah, terselamat not merah ak yang baru sahaja ak muntahkan dari mesin masa ( bace ATM-sbb duit = masa, so mesim ATM =mesin masa) =).

Tidak mengapa,

Andai itu rezki ak malam semalam, ak panjatkan kesyukuran pada Tuhan yang sentiasa mengingati ak sebagai khalifah di muka Bumi ini. Walau ak sering sahaja terlupa akan Dia. Ampunkan kekhilafan ak Tuhan!.

Dan,

Ak titipkan sebaris  permintaan pada Dia untuk teman ak itu ketika ak rapatkan kedua dua belah tangan ak setelah usai waktu pertama untuk hari semalam dalam tiang agama itu. Ape dia? Biar ak dan Tuhan yang tahu....


Dan,

Pada teman ak, ucapan terima kasih dari hati ak, kerana kau masih ingat akan tali persahabatn itu! Walau ape pom tujuan kau. Ak terima seadanya. Ak akan cube telan sepertimana ak kunyah dan telan roti bakar berkaya dan menyedut secawan limau sejuk perlahan lahan. Terima kasih!

No comments :